UMNO gesa kerajaan tolak ICERD

Madiha Abdullah
November 9, 2018 21:07 MYT
Zahid Hamidi sewaktu dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Kuala Lumpur hari ini menegaskan ICERD bertentangan dengan Perlembagaan. - Astro AWANI/Shahir Omar
Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO bulanan hari ini memutuskan untuk menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), dan menggesa kerajaan menghentikan segala bentuk perbincangan berhubung perkara itu.
Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tiada yang perlu dibincangkan kerana ia jelas bertentangan dengan perlembagaan.
"Kerajaan perlu segera menghentikan langkah-langkah yang boleh menjejaskan pembinaan masyarakat yang selama ini wujud melalui persefahaman bersama.
"UMNO pusat akan mengambil alih semua program utama menentang ratifikasi ICERD, bermula dengan program di Pasir Salak, di mana saya sendiri akan berucap dan berkongsi pentas dengan Presiden Pas untuk menjelaskan pendirian kami," kata Zahid.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan ICERD masih perlu dikaji kerana ada peruntukannya yang tidak selari dengan apa yang diamalkan Malaysia sekian lama.
BACA: ICERD perlu dikaji, ada peruntukan tidak sesuai - Tun Mahathir
BACA: Malaysia belum sedia terima ICERD - Mohd Redzuan
#ICERD #kerajaan #Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskr #majlis tertinggi #PAS #presiden #UMNO #Zahid Hamidi
;