KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua umat Islam supaya mempunyai satu iltizam untuk bersama-sama merapatkan saf dan bergandingan mempertahankan agama dalam suasana Islam yang sentiasa ditekan di seluruh dunia.
Al-Sultan Abdullah menegaskan umat Islam perlu mempunyai hasrat perjuangan yang sama dalam menegakkan syariat Islam biarpun mempunyai DNA (asid deoksiribonukleik) yang berbeza.
"Walaupun kita negara Malaysia, Pahang mempunyai populasi rakyat beragama Islam lebih kecil berbanding negara lain, namun kita tidak harus berada dalam satu persimpangan jalan yang boleh memecahbelahkan.
"Di sini saya ingin menegaskan, setiap daripada kita yang berada di Malaysia khususnya di Pahang mempunyai DNA berbeza dengan DNA mereka yang datang dari luar, tetapi hasrat perjuangan menegakkan syariat Islam perlu mempunyai satu hasrat yang sama, iaitu satu hati, satu jiwa, satu buah fikiran dan satu cara kita hendak laksanakan," titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada Majlis Penutupan 'International Conference on Contemporary Education in The Islamic World (ICCEIW)' yang diterjemahkan ke dalam bahasa Arab oleh Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad di sini hari ini.
Turut berangkat sama Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Al-Sultan Abdullah juga bertitah bahawa umat Islam tidak sewajarnya menyokong mana-mana keganasan khususnya yang digerakkan oleh umat Islam atas nama perjuangan menegakkan agama kerana ia tidak ada dalam tuntutan agama.
"Khususnya, kita dengar dahulu ada kumpulan ISIS, Daesh yang mana telah merosakkan imej Islam, menakut-nakutkan bukan sahaja agama lain tetapi juga menakutkan orang Islam kerana cara mereka membawa agama melalui kekerasan, paksaan dan ini bukannya yang kita amalkan di negara ini (termasuklah di Pahang)," titah baginda.
Al-Sultan Abdullah bertitah isu Islamofobia turut memberikan tekanan kepada orang Islam apabila masyarakat dunia mempunyai persepsi yang tidak benar mengenai agama Islam.
Sehubungan dengan itu, baginda melihat persidangan ICCEIW penting sebagai antara usaha menangkis permasalahan Islamofobia.
"Persidangan seperti ini perlu untuk kita mendapat ilham, mencari panduan, mencari wahyu supaya kita dapat bangkit dengan satu rumusan supaya kita boleh memperjuangkan apakah sebenar perwatakan corak Islam yang akan datang," titah baginda.
ICCEIW merupakan persidangan yang julung kalinya diadakan kerajaan Pahang dengan kerjasama Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS), Yayasan Pahang, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Kesatuan Universiti-universiti Islam Sedunia (Rabitah al-Jamiat al-Islamiyyah).
Persidangan selama tiga hari bermula Ahad lepas itu disertai seramai 300 peserta dari 22 negara antaranya Indonesia, Brazil, Syria, India, Libya, Tunisia, Kanada dan Arab Saudi.
Persidangan itu yang turut disertai Rektor Universiti Al-Azhar Prof Dr Salamah Daud bertujuan untuk menyediakan satu dimensi baharu perbincangan ilmu dalam bidang-bidang ilmu terutamanya bidang pendidikan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 07 2024
Al-Sultan Abdullah menegaskan umat Islam perlu mempunyai hasrat perjuangan yang sama dalam menegakkan syariat Islam biarpun mempunyai DNA yang berbeza. - Gambar Bernama
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Umat Islam digesa bertanggungjawab dalam penglibatan masyarakat majmuk
Umat Islam digesa bertanggungjawab dalam penglibatan masyarakat majmuk berbilang budaya dan agama
Umat Islam 70 negara sertai World#QuranHour 2022
Umat Islam di kira-kira 70 negara melibatkan 15,000 lokasi di seluruh dunia hari ini membaca Al-Quran menerusi program World Quran Hour kali ke-7.
Hayati peristiwa Israk Mikraj dalam mencari kebaikan - PM Muhyiddin
Muhyiddin mahu setiap umat Islam terus mencari kebaikan meskipun diuji dengan pelbagai dugaan.
Isu Kartel Daging: Harap tiada pilih bulu dalam siasatan polis - PERUJA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta agar menyiasat isu kartel daging sehingga pihak tidak bertanggungjawab disebalik isu itu dibawa ke muka pengadilan.
Umat Islam hilang jati diri, leka berkelahi dan berebut jawatan - Hadi Awang
Mereka lebih banyak berkelahi dan berebut jawatan sehingga berpolitik atas kepentingan diri sendiri.
Bayar zakat pendapatan melalui potongan gaji bulanan
Umat Islam khususnya kakitangan kerajaan dan swasta dipelawa mendaftar untuk membayar zakat pendapatan melalui kempen Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB) yang dibuka mulai 1 Ogos.
25 tahun pembunuhan beramai-ramai Srebrenica, tiada keadilan kepada mangsa sehingga kini - Tun M
Tragedi pembunuhan beramai ramai 8,000 umat Islam Srebrenica di Bosnia Herzegovina 25 tahun yang lalu menyaksikan keadilan tidak berpihak kepada umat Islam di negara itu sehingga kini.
PKPP: 2,507 patuh SOP solat berjemaah dan Jumaat
Pusat ibadah itu mematuhi SOP yang ditetapkan, selain bilangan jemaah yang hadir adalah mengikut kapasiti masjid.
Kerajaan sambut baik pendirian Arab Saudi mengenai ibadat haji tahun ini
Langkah tersebut bertepatan dengan konsep maqasid syariah iaitu hifz al-nafs (pemeliharaan nyawa).
Umat Islam di Melaka boleh semak arah kiblat Rabu ini - Mufti
Umat Islam di Melaka boleh membuat semakan arah kiblat di rumah, surau dan pejabat, Rabu ini, apabila kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah.