KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa umat Islam di negara ini untuk terus pertahankan tradisi ilmu serta akliah, yang dihidupkan oleh Universiti Al-Azhar (Al-Azhar), Mesir.
Beliau berkata perkara itu harus dipertahankan, agar dapat menimbulkan kesedaran meluas umat Islam di rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia.
"Sejarah Islam mutakhir ini tidak terpisah daripada sejarah perubahan dan islah yang dibawa oleh Al-Azhar, ini sebati dengan seluruh garis perjuangan dan kesedaran umat Islam di Asia Tenggara termasuk Malaysia," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian menerusi video perutusannya yang ditayangkan pada Majlis Sambutan Hari Al-Azhar Sedunia 2024M/1445H di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, di sini hari ini.
Anwar berkata selain itu, Malaysia menikmati satu hadiah besar kerana mempunyai rantaian hubungan yang akrab dengan Al-Azhar dan beliau sendiri disambut baik oleh Sheikh Al-Azhar Al-Imam Al-Akbar Sheikh Prof Dr Mohammad Ahmad Tayyib.
Anwar turut berkata Mohammad Ahmad Tayyib juga telah diundang untuk mengadakan kunjungan ke Malaysia dan perkara itu harus dimanfaatkan umat Islam di negara ini.
"Beliau (Mohammad Ahmad Tayyib) menerima undangan untuk datang ke Malaysia. Saya percaya kita akan manfaatkan bukan sahaja untuk dapat bersama berkumpul dengan jemaah alumni Al-Azhar, tetapi akan memanfaatkan waktu itu untuk merencanakan program dimanfaatkan kepada umat islam Malaysia keseluruhannya.
"Saya percaya rakan-rakan alumni Al-Azhar akan memainkan peranan penting untuk mengaturkan program, yang akan dapat memberi manfaat kepada rakyat dan umat Islam seluruhnya," kata beliau.
Sambutan Hari Al-Azhar Sedunia 2024M/1445H yang diadakan sempena genap 1,084 tahun penubuhannya itu, dianjurkan oleh Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar (WOAG) Malaysia.
Majlis berkenaan turut dihadiri Presiden WOAG Malaysia Prof Datuk Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti dan Duta Besar Mesir ke Malaysia Ragai Tawfik Said Nasr.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 29 2024

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan perutusan melalui dalam talian pada Sambutan Hari Al-Azhar Sedunia 2024 di Akedemi Pengajian Islam Universiti Malaya hari ini. - Foto BERNAMA

Kelulusan RUU Perkhidmatan Parlimen peristiwa penting dalam lipatan sejarah - Azalina
Kelulusan Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen 2025 menandakan pengembalian kebebasan perkhidmatan Parlimen selepas 33 tahun dimansuhkan.

Polis Abu Dhabi beri amaran tentang penipuan berkaitan Ramadan di media sosial
Polis juga memberi amaran terhadap pautan amal palsu di media sosial yang menyamar sebagai organisasi yang sah.

MOT rangka pelan tindakan kurangkan pelepasan gas rumah hijau dari kapal, pelabuhan
Pelan tindakan berkenaan menggariskan langkah bagi memastikan pematuhan kepada sasaran yang ditetapkan oleh Pertubuhan Maritim Antarabangsa.
Finland dinobatkan negara paling bahagia untuk tahun kelapan berturut-turut
Seperti tahun sebelumnya, negara-negara Nordik terus mendominasi kedudukan teratas dengan Denmark, Iceland dan Sweden masing-masing berada di tempat kedua, ketiga dan keempat, manakala Norway di tangga ketujuh.
Bekas pekerja Eminem didakwa curi, jual lagu tidak diterbitkan
Seorang jurutera bunyi didakwa di mahkamah kerana mencuri dan menjual lagu-lagu yang tidak diterbitkan penyanyi rap, Eminem secara dalam talian.
Eddie Jordan meninggal dunia akibat kanser prostat
Bekas pemilik pasukan Formula Satu, Eddie Jordan yang memberi peluang debut kepada Michael Schumacher meninggal dunia akibat kanser prostat, pada Khamis.
Lebih 700 rakyat terbunuh dalam serangan udara sejak Selasa
Lebih 700 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza sejak Selasa.
AS kini pasaran eksport terbesar Malaysia atasi China
Amerika Syarikat (AS) kini merupakan pasaran eksport terbesar Malaysia mengatasi China dari segi kuantiti eksport.
Ops Bersih Ramadan: Wujud sindiket seludup pengemis warga Thailand ke Kelantan
Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam mendedahkan wujud kegiatan sindiket yang membawa masuk pengemis dari Thailand untuk mengemis di beberapa lokasi sekitar bandar Kota Bharu, Kelantan.
Pegawai farmasi disyaki hina Nabi Muhammad di laman sosial ditahan
Seorang pegawai farmasi yang disyaki memuat naik komen menghina Nabi Muhammad SAW di laman sosial baru-baru ini ditahan polis.

Umat Islam digesa bertanggungjawab dalam penglibatan masyarakat majmuk
Umat Islam digesa bertanggungjawab dalam penglibatan masyarakat majmuk berbilang budaya dan agama

Umat Islam 70 negara sertai World#QuranHour 2022
Umat Islam di kira-kira 70 negara melibatkan 15,000 lokasi di seluruh dunia hari ini membaca Al-Quran menerusi program World Quran Hour kali ke-7.

Hayati peristiwa Israk Mikraj dalam mencari kebaikan - PM Muhyiddin
Muhyiddin mahu setiap umat Islam terus mencari kebaikan meskipun diuji dengan pelbagai dugaan.

Isu Kartel Daging: Harap tiada pilih bulu dalam siasatan polis - PERUJA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta agar menyiasat isu kartel daging sehingga pihak tidak bertanggungjawab disebalik isu itu dibawa ke muka pengadilan.

Umat Islam hilang jati diri, leka berkelahi dan berebut jawatan - Hadi Awang
Mereka lebih banyak berkelahi dan berebut jawatan sehingga berpolitik atas kepentingan diri sendiri.

Bayar zakat pendapatan melalui potongan gaji bulanan
Umat Islam khususnya kakitangan kerajaan dan swasta dipelawa mendaftar untuk membayar zakat pendapatan melalui kempen Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB) yang dibuka mulai 1 Ogos.

25 tahun pembunuhan beramai-ramai Srebrenica, tiada keadilan kepada mangsa sehingga kini - Tun M
Tragedi pembunuhan beramai ramai 8,000 umat Islam Srebrenica di Bosnia Herzegovina 25 tahun yang lalu menyaksikan keadilan tidak berpihak kepada umat Islam di negara itu sehingga kini.

PKPP: 2,507 patuh SOP solat berjemaah dan Jumaat
Pusat ibadah itu mematuhi SOP yang ditetapkan, selain bilangan jemaah yang hadir adalah mengikut kapasiti masjid.

Kerajaan sambut baik pendirian Arab Saudi mengenai ibadat haji tahun ini
Langkah tersebut bertepatan dengan konsep maqasid syariah iaitu hifz al-nafs (pemeliharaan nyawa).

Umat Islam di Melaka boleh semak arah kiblat Rabu ini - Mufti
Umat Islam di Melaka boleh membuat semakan arah kiblat di rumah, surau dan pejabat, Rabu ini, apabila kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah.