Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Khamis, 13 Mei
Astro Awani
Mei 11, 2021 20:02 MYT
Mei 11, 2021 20:02 MYT
KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Khamis (13 Mei) ini.
Pengumuman itu dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sekitar jam 8 malam Selasa.
Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini akan disambut dalam norma baharu selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara mulai 12 Mei sehingga 7 Jun, 2021.
PM umum PKP di seluruh negara
PKP 3.0 berkenaan menggariskan 11 perkara penting termasuk larangan rentas daerah dan rentas negeri kecuali untuk tujuan kecemasan, kesihatan, pekerjaan, ekonomi, temu janji vaksinasi dan pasangan jarak jauh.
Umat Islam di seluruh negara mula menyambut Ramadan pada 13 April lalu.
#Hari Raya Aidilfitri
#hari raya
#Malaysia
#Islam
#Aidilfitri
#puasa
#Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad