Umat Islam di Malaysia mula puasa Isnin, 6 Mei

Astro Awani
Mei 5, 2019 12:10 MYT
Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Isnin, 6 Mei 2019. -Gambar fail
Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Isnin, 6 Mei 2019.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad ketika mengumumkannya berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari tersebut bagi menurut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Pengumuman ringkas itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebentar tadi.
#jendela ramadan #mula puasa #Ramadan #ramadanawani1440 #Syed Danial Syed Ahmad #Umat Islam