Umat Islam di Malaysia mula berpuasa pada Selasa

Astro Awani
Mac 10, 2024 20:01 MYT
Umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa pada Selasa, iaitu 12 Mac 2024. - Gambar hiasan/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa pada Selasa, iaitu 12 Mac 2024.
Tarikh tersebut diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi.
Beliau berkata, tarikh itu ditetapkan bagi negeri-negeri di seluruh negara mengikut perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Syed Danial mengumumkan tarikh penting itu secara langsung menerusi siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.
Terdahulu, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah pada petang Ahad, 10 Mac bersamaan 29 Syaaban 1445 Hijriah.
#puasa #Ramadan #Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja #Selasa
;