Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Khamis

Astro Awani
Jun 16, 2015 20:43 MYT
Rakyat Malaysia yang beragama Islam akan memulakan ibadah puasa pada Khamis. - Gambar Fail
Umat Islam di Malaysia akan memulakan ibadah puasa pada Khamis.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad pengumumkan tarikh mula berpuasa bagi seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Khamis dengan titah Yang di-Pertuan Agong dan persetujuan Raja-Raja Melayu.
Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi saluran Radio Televisyen Malaysia.
Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa kaedah penentuan hari pertama Ramadan adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
#puasa #Ramadan #Syed Danial Syed Ahmad #Yang di-Pertuan Agon