Umat Islam di India, Pakistan, Bangladesh, Thailand sambut Aidiladha pada 29 Jun
Bernama
Jun 20, 2023 09:30 MYT
Jun 20, 2023 09:30 MYT
NEW DELHI: Umat Islam di Bangladesh, India dan Pakistan akan menyambut Aidiladha pada 29 Jun selepas anak bulan Zulhijah kelihatan di negara-negara berkenaan pada Isnin.
Di Sri Lanka, Colombo Grand Mosque turut mengumumkan Aidiladha akan disambut pada 29 Jun.
Sementara di Thailand, umat Islam di sana juga bakal meraikan Aidiladha pada 29 Jun , umum Sheikhul Islam Thailand, Aziz Phitakkumpon.
Aidiladha disambut pada pada 10 Zulhijah, bulan terakhir dalam kalendar Hijrah.
Bagaimanapun, Arab Saudi, Afghanistan, Emiriah Arab Bersatu dan beberapa negara lain sebelum ini mengumumkan Aidiladha jatuh pada 28 Jun, memandangkan negara-negara berkenaan melihat anak bulan pada Ahad.
Umat Islam di Malaysia juga akan menyambut Aidiladha pada 29 Jun.
Hari Wukuf yang merupakan kemuncak haji, adalah pada Selasa, 27 Jun ini sementara Aidiladha akan disambut pada Rabu, 28 Jun.
Arab Saudi sebelum ini mengumumkan lebih sejuta jemaah haji telah pun berada di kota suci Makkah. - BERNAMA