Ultra Plug & Play Box baharu, kini boleh tonton Astro tanpa piring satelit
Astro Awani
Julai 22, 2021 18:26 MYT
Julai 22, 2021 18:26 MYT
KUALA LUMPUR: Astro melancarkan Ultra Plug & Play Box terbaharu yang menawarkan pengalaman tontonan tanpa gangguan untuk semua program tempatan dan antarabangsa di Astro.
Bahkan Ultra Box terbaharu itu boleh berfungsi tanpa piring satelit sekali gus mengurangkan isu gangguan siaran yang berkaitan dengan hujan.
Kotak ini tidak memerlukan sebarang piring satelit kerana sajian kandungan Astro disiarkan secara perkhidmatan strim menerusi jalur lebar masing-masing.
Pengarah Komersial Astro, Azlin Arshad berkata, Astro komited untuk sentiasa menambah baik pengalaman pelanggan dengan menawarkan pengalaman perjalanan yang lebih ringkas, demi memudahkan pelanggan untuk membeli dan menikmati produk yang ditawarkan.
“Ultra Plug & Play Box terbaharu ini direka berdasarkan dari maklum balas yang diterima daripada pelanggan yang menginginkan produk atau perkhidmatan yang mudah untuk dipasang dan mampu menawarkan pengalaman tontonan secara berterusan.
“Ia bermaksud tontonan tanpa sebarang gangguan yang dicetuskan oleh keadaan cuaca. Oleh kerana kotak ini disambungkan secara terus dengan internet dan bukannya piring satelit, ia dapat membantu mengatasi masalah gangguan siaran ketika hujan.
“Kotak terbaharu ini hadir dengan video panduan ringkas yang memudahkan pelanggan untuk membuat pemasangan sendiri pada bila-bila masa sahaja,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Tambahnya, Astro sebelum ini telah melaksanakan kajian percubaan-pasaran untuk kotak tersebut dan sebanyak 87 peratus daripada pelanggan berpuas hati dengan kaedah pemasangan sendiri.
Katanya lagi, Ultra Plug & Play Box akan lebih menarik jika digandingkan bersama dengan perkhidmatan Astro & Broadband untuk mendapatkan nilai lebih hebat dengan hanya satu bil untuk kesemuanya.
“Pelanggan Astro yang baru boleh mendaftar menerusi Super Pack Lite, dengan kelajuan internet sebanyak 100 Mbps dan nikmati rebat sehingga RM45 pada setiap bulan.
“Manakala pelanggan Super Pack Lite yang sedia ada pula, anda boleh menambah lagi 100 Mbps perkhidmatan jalur lebar anda dengan hanya RM89/ sebulan.
“Pengaktifan Ultra Plug & Play Box adalah percuma untuk semua pelanggan Broadband yang melanggan pada mana-mana pek Astro,” ujarnya.
Pengaktifan kotak itu adalah percuma untuk pelanggan sedia ada yang melanggan perkhidmatan lebih dari RM100 pada setiap bulan.
Pelanggan boleh mendaftar perkhidmatan Ultra Plug & Play Box di https://product.astro.com.my/tv atau WhatsApp mereka di talian 03-9543 3838 dan taip GET PNP.
#Astro
#video
#piring
#satelit
#Ultra Plug & Play Box
#Ultra Box
#broadband
#pelanggan
#televisyen
#tv
#filem
#Program