Ular tedung senduk bertindak agresif, tak mahu diganggu mengeram 15 biji telur

Astro Awani
Mac 2, 2018 17:47 MYT
Ketika ditangkap, reptilia itu bertindak agresif dipercayai mahu melindungi telurnya. - Foto Astro AWANI
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berjaya menangkap dua ekor ular tedung senduk, masing-masing sepanjang 1.9 meter dan dua meter di kawasan kebun getah berhampiran tapak pasar malam di Pekan Jeneri, Sik.
Pegawai APM Daerah Sik, Kapten Pertahanan Awam (PA) Mohd Muhkrij Md Sabir berkata, ketika ditemui ular seberat 2.7 dan 3.2 kilogram itu sedang mengeram 15 telur.
Kemunculan ular sawa itu disedari pengadu yang juga seorang anggota APM Sik, Nurul Syuhadah Othman ketika sedang melalui kawasan itu, kira-kira 9 pagi tadi.
Mohd Muhkrij berkata, sepasukan anggotanya digerakkan ke lokasi selepas menerima maklumat.
Ketika ditangkap, reptilia itu bertindak agresif dipercayai mahu melindungi telurnya.
APM mengambil masa lebih satu jam sebelum berjaya menangkap dua reptilia berkenaan.
Ular berkenaan dan telurnya akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
#APM #tedung senduk #telur ular #ular #ular mengeram
;