Ulang Tahun Perkahwinan ke-35 Pasangan Diraja: Biodata Yang Di-Pertuan Agong

Astro Awani
Mac 5, 2021 07:36 MYT
Al-Sultan Abdullah diputerakan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang - Gambar fail
SULTAN PAHANG
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah
30 Julai 1959
Diputerakan di Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang
PENDIDIKAN
1965
- Pra-sekolah di Sekolah Clifford, Kuala Lipis, Pahang
1966 – 1969
- Sekolah Kebangsaan Ahmad, Pekan, Pahang
1970 – 1974
- Sekolah Rendah Kebangsaan St Thomas
- Sekolah Menengah Kebangsaan St Thomas, Kuantan, Pahang
1975 – 1977
- Aldenham School, Elstree, Hertfordshire, United Kingsdom
- Davies College, London, United Kingdom
1978 – 1979
- The Royal Military Academy Sandhurst, United Kingdom
1980 – 198I
- Worchester & Queen Elizabeth College, United Kingdom Dianugerahkan Diploma In International Relations And Diplomacy Ketenteraan
1980
- Leftenan Muda, Royal Military Academy, Sandhurst, England (ditauliahkan oleh Ratu Elizabeth II)
- Kapten Pasukan Kor Kavelri Diraja Malaysia
1 Mei 1999
- Leftenan Kolonel, Rejimen 505 Askar Wataniah
1 Jun 2000
- Kolonel Rejimen 505 Askar Wataniah
1 April 2004
- Brigadier Jeneral, Komander Rejimen 505 Askar Wataniah
PELANTIKAN TENGKU MAHKOTA PAHANG
1 Julai 1975
- Dilantik menjadi Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang
23 Oktober 1977
- Dimasyhurkan di Istana Abu Bakar, Pekan
PELANTIKAN PEMANGKU RAJA PAHANG
28 April 1979
- Pada usia 20 tahun dilantik menjadi Pemangku Raja Pahang untuk tempoh lima tahun
8 Disember 2016
- Baginda sekali lagi dilantik menjadi Pemangku Raja Pahang sehingga 11 Januari 2019 iaitu setelah Jumaah Pangkuan Diraja Negeri memutuskan untuk melantik baginda sebagai Sultan Pahang Keenam
SUKAN
- Mengetuai Pasukan Polo Diraja Pahang dalam perlawanan antarabangsa di Windsor Polo Club, England
- Mengambil bahagian dalam pertandingan di Singapura, Manila, Filipina, Brunei, Argentina, Amerika Syarikat, Sepanyol dan Belgium
- Di Pekan, Baginda menubuhkan pasukan bola sepaknya sendiri dinamakan Pasukan Sri Mahkota Alam
- Meminati sukan lain seperti golf, go-kart dan penerbangan ultralight
PENCAPAIAN
- Pengerusi Jawatankuasa Penganjur 1997 FIFA World Youth Championship
- Ahli Jawatankuasa Penganjur 2003 FIFA Confederations Cup, Paris
- Pengerusi Jawatankuasa Penganjur 2011 FIP Polo World Cup, Malaysia
- Pengerusi Jawatankuasa Penganjur 2012 FIH Congress, Kuala Lumpur
- Pengerusi 2015 AFC Asian Cup Australia
- Ahli Jawatankuasa Penganjur 2018 World Cup, Rusia
PERKAHWINAN
- Berkahwin dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj pada Mac 1986
ANAKANDA PUTERA DAN PUTERI
1. Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah
2. Tengku Puteri Iman Afzan
3. Tengku Puteri Ilisha Ameera
4. Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
5. Tengku Puteri Ilyana
6. Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah
7. Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah
8. Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah
9. Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah
#Sultan Pahang #Al Sultan Abdullah #Yang di-Pertuan Agong #Ulangtahun Perkahwinan #Sultan berjiwa rakyat #Permaisuri Agong #pendidikan #perkahwinan
;