Ulama Kedah Tuan Guru Haji Awang Lanai meninggal dunia

Bernama
Ogos 10, 2024 22:45 MYT
Ulama Kedah, Abdul Wahab Hassan, 86, atau lebih dikenali sebagai Tuan Guru Haji Awang Lanai meninggal dunia di rumahnya di Parit Panjang, kira-kira 3 petang tadi. - Foto Facebook Pemuda Pas Malaysia
BALING: Ulama Kedah, Abdul Wahab Hassan, 86, atau lebih dikenali sebagai Tuan Guru Haji Awang Lanai meninggal dunia di rumahnya di Parit Panjang dekat sini, kira-kira 3 petang tadi.
Hal itu dimaklumkan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat Datuk Ahmad Yahya menerusi hantaran di Facebook.
"Telah kembali ke rahmatullah Tuan Guru Haji Awang Lanai sebentar tadi...semoga ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh...Al-Fatihah," katanya.
Menurut perkongsian itu, Allahyarham dilahirkan di Kampung Tupai, Sik, dan merupakan cahaya mata kepada pasangan Haji Hassan Saman dan Hajah Siti Halimah Mat Thoha.
Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Melayu Kampong Tupai sebelum menuntut ilmu agama di sekolah-sekolah pondok.
Beliau telah membuka sekolah pondok Madrasah Tahzib an-Nufus.pada 1988.
-- BERNAMA
#ulama kedah #Tuan Guru Haji Awang Lanai #meninggal dunia #Parit Panjang #Dewan Ulama PAS Pusat
;