Ujian DNA akan dilakukan terhadap mayat Kevin Morais

Bernama
September 17, 2015 07:31 MYT
Richard Morais berkata walaupun polis sudah mengesahkan mayat yang dijumpai itu adalah abang saya (gambar), proses pengesahan akan tetap dilakukan melalui pengambilan sampel DNA dari ahli keluarga. - Gambar Fail
Satu ujian asid deoksiribonukleik (DNA) akan dilakukan ke atas mayat yang ditemui dalam tong berisi konkrit, di Hospital Kuala Lumpur pagi Jumaat.
Datuk Richard Morais, adik kepada mendiang Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara Anthony Kevin Morais, berkata ujian itu dilakukan bagi membantu mempercepatkan proses pengecaman mayat tersebut.
"Walaupun polis sudah mengesahkan mayat yang dijumpai itu adalah abang saya, proses pengesahan akan tetap dilakukan melalui pengambilan sampel DNA dari ahli keluarga," kata Richard, seorang peniaga, ketika dihubungi pada Khamis.
BACA: Lokasi penemuan mayat jadi tumpuan
BACA: Jabatan Peguam Negara gesa polis siasat menyeluruh kes pembunuhan Morais
BACA: 'Morais bukan calang-calang Pendakwaraya' - Adik
Mayat Kevin Morais ditemui dalam tong berisi konkrit di Subang Jaya dekat sini pada Rabu selepas seorang daripada tujuh suspek membawa polis ke lokasi di Taman Perumahan USJ 1, Persiaran Subang Mewah.
Kevin Morais, 55, dilaporkan hilang pada 4 Sept lepas selepas kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan memandu kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q.
#Anthony Kevin Morais #asid deoksiribonukleik #bunuh #DNA #Jabatan Peguam Negara #Richard Morais
;