Ujian dalaman Apple mendapati Siri masih ketinggalan jauh berbanding ChatGPT

Amanz
Oktober 21, 2024 11:50 MYT
Siri generasi baharu masih ketinggalan berbanding ChatGPT dari OpenAI, dengan ChatGPT menawarkan jawapan 25% lebih tepat dan mampu menjawab 30% lebih banyak soalan. -Amanz
APPLE masih dalam proses pembangunan Apple Intelligence yang dijangka diperkenalkan kepada orang ramai bermula penghujung Oktober 2024 ini.

Ringkasan AI
  • Apple sedang membangunkan Apple Intelligence yang dijangka diperkenalkan pada penghujung Oktober 2024, namun fasa awal hanya menawarkan ciri terhad seperti ringkasan notifikasi.
  • Siri generasi baharu masih ketinggalan berbanding ChatGPT dari OpenAI, dengan ChatGPT menawarkan jawapan 25% lebih tepat dan mampu menjawab 30% lebih banyak soalan.
  • Walaupun teknologi generatif Apple ketinggalan, Apple mempunyai kelebihan kewangan dan akses peranti yang luas, membolehkan mereka menawarkan aplikasi atau perisian kepada ratusan juta peranti dengan mudah.

Namun, pengenalan fasa awal masih terhad kepada beberapa ciri seperti ringkasan notifikasi, dan tidak menawarkan pengalaman menyeluruh.
Siri generasi baharu juga dijangka tidak tersedia sepenuhnya.
Melalui laporan baharu Bloomberg, ia dikatakan beberapa kajian dan ujian dalaman di Apple, mendapati Siri masih ketinggalan jika dibandingkan dengan ChatGPT yang dibangunkan OpenAI.
Didapati OpenAI menawarkan jawapan 25% lebih tepat berbanding Siri, selain boleh menjawab 30% soalan lebih banyak berbanding Siri yang masih terhad.
Malah, dikatakan beberapa orang di Apple percaya teknologi generatif Apple hampir dua tahun ketinggalan di belakang berbanding peneraju industri kecerdasan buatan pada hari ini.
Walau bagaimanapun, peluang kepada Apple masih besar, termasuk mereka mampu mengambil alih syarikat kecerdasan buatan lain dengan mudah melalui kedudukan kewangan mereka yang kukuh.
Di samping itu, Apple seperti tidak perlu risau sangat memandangkan mereka mempunyai kelebihan daripada akses peranti – di mana mereka boleh menawarkan apa-apa aplikasi atau perisian mereka dengan mudah ke ratusan juta peranti sekelip mata, berbanding syarikat pesaing lain. -Amanz
#Apple #Apple Intelligence #teknologi generatif #siri
;