KUALA LUMPUR:Semua pekerja asing yang mencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan bekerja di Selangor, Kuala Lumpur, Labuan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang serta Sabah layak mendapat subsidi di bawah Program Saringan Prihatin (PSP) bagi menjalani ujian COVID-19.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, ujian saringan berkenaan akan menggunakan kaedah Antigen Rapid Test Kid (RTK Antigen) dan perlu dijalankan di klinik atau hospital yang telah berdaftar sebagai Klinik Panel Program Saringan Kesihatan Perkeso (HSP).
Beliau berkata, bagaimanapun tarikh kuat kuasa saringan akan diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat.
"Kos saringan hendaklah dibayar oleh majikan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan subsidi PSP Perkeso.
"Perkeso akan membuat bayaran subsidi sehingga RM60 bagi setiap ujian saringan COVID19 yang dijalankan.
"Bayaran ini hanya dibuat sekali sahaja untuk setiap pekerja," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.
MKN pada Jumaat lalu telah memutuskan semua pekerja asing yang bekerja di kawasan terbabit wajib menjalani ujian saringan COVID-19.
Dalam pada itu, Saravanan sekali lagi mengingatkan kepada semua majikan agar mengambil langkah proaktif dalam mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).
"Perkara itu bagi mencegah penularan COVID-19 dalam kalangan pekerja mereka," ujarnya.
Fauzi Suhaimi
Wed Nov 25 2020
Saravanan berkata, bagaimanapun tarikh kuat kuasa saringan akan diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat. - Gambar BERNAMA
Banduan Islam di penjara Narathiwat dihidang makanan halal - Jurucakap
Enam tahanan Malaysia yang berada di penjara berkenaan berkeadaan baik dan mereka tidak membuat apa-apa aduan setakat ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [9 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
ARRC: Hafizh Syahrin manfaat fasiliti berkelas dunia JDT di Padang Seri Gelam
Hafizh sedang melakukan persediaan menjelang pusingan terakhir ARRC 2024 di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand bermula 6 hingga 8 Disember depan.
Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis
Zaman dulu konsep berhutang satu aib, malu kalau kita berhutang tapi sekarang konsep itu tidak wujud lagi kerana yang penting kita ada sesuatu untuk menunjuk-nunjuk.
Lawatan PM Anwar ke Mesir tingkatkan hubungan dua hala - Duta
PM Anwar mengadakan lawatan rasmi ke Mesir bermula hari ini hingga 12 November atas jemputan jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.
Trump peroleh AS$500 juta hanya dengan satu hantaran di media sosial
Selepas menulis beliau tidak berhasrat menjual kepentingannya, dengan serta-merta, nilai saham berkenaan melonjak sehingga hampir 15 peratus.
Mourinho didenda, digantung kerana kritik pegawai perlawanan di Turkiye
Tindakan Mourinho dianggap "bercanggah dengan semangat kesukanan, etika sukan atau konsep permainan adil" dan "mengurangkan nilai" bola sepak di Turkiye.
SPRM ambil keterangan bekas pegawai khas Najib
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah hari ini, selesai mengambil keterangan bekas pegawai khas mantan perdana menteri berhubung kes meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti.
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru, dari 14 hingga 16 November.
Musk sertai perbualan telefon Trump dengan Zelenskyy - Laporan
Trump dan Musk berada di Mar-a-Lago, kediaman dan kelab Trump di Palm Beach, ketika panggilan itu dibuat.
Murugiah, Asojan kekal Naib Presiden MIC, Nelson muka baharu
Datuk T Murugiah dan Datuk M Asojan, masing-masing mempertahankan jawatan Naib Presiden MIC manakala Datuk Dr R Nelson muncul muka baharu jawatan itu.
Pemilihan MIC mulai 27 April ini - Vigneswaran
MIC akan mengadakan pemilihan parti itu bagi penggal 2024-2027 bermula 27 April hingga 7 Julai ini, kata Presidennya Tan Sri S A Vigneswaran.
Vigneswaran pertahan jawatan Presiden MIC buat kali ketiga
Vigneswaran menerima sokongan 3,014 daripada 3,060 cawangan MIC di seluruh negara.
Pasca PRU15: Dewan Tertinggi BN bermesyuarat sekali lagi malam ini
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) dijangka akan bersidang sekali lagi melibatkan pimpinan utama gabungan tersebut di Manara Dato' Onn, World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur, pukul 8.30 malam ini.
PRU15: Kerusi Parlimen bukan milik tetap individu - Saravanan
Kerusi Parlimen bukan suatu kedudukan tetap milik mana-mana individu, kata Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M Saravanan.
PRU15: MIC sedia lepaskan kerusi tradisi demi kemenangan BN - Saravanan
Meletakkan calon yang mempunyai lebih potensi untuk menang lebih penting untuk BN mencapai matlamat membentuk kerajaan.
PRU15: Deepavali tidak akan terganggu, hanya sandiwara politik - Saravanan
Saravanan berkata dakwaan itu cuma berniat memainkan sentimen masyarakat India.
Peluang pekerjaan warga tempatan akan dipastikan tidak terjejas - Saravanan
Peluang pekerjaan warga tempatan akan dipastikan tidak terjejas dengan kemasukan kira-kira 2.1 juta pekerja asing dalam masa terdekat ke negara ini.
Kes dera terpencil, tidak jejas kerjasama Malaysia-Kemboja - Saravanan
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, ia juga akan diselesaikan secara berhemah.
Kes dera pembantu rumah: Menteri arah siasatan segera
Kementerian Sumber Manusia telah mengarahkan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia untuk menyiasat kes penderaan membabitkan seorang pembantu rumah warga Indonesia.