UiTM tangguh jadual kuliah di semua cawangan di Selangor esok

Bernama
September 27, 2015 13:45 MYT
Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, penangguhan kuliah pada hari-hari berikutnya pula akan diumumkan sehari sebelum tarikh penangguhan.
Universiti Teknologi Mara (UiTM) menangguhkan jadual kuliah di semua cawangannya di Selangor pada Isnin berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan pada tahap sangat tidak sihat pada Ahad.
Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, penangguhan kuliah pada hari-hari berikutnya pula akan diumumkan sehari sebelum tarikh penangguhan berdasarkan pemantauan IPU dari semasa ke semasa.
Bagaimanapun, katanya, penangguhan itu hanya melibatkan jadual kuliah penuntut sahaja dan warga kerja UiTM dikehendaki hadir bertugas seperti biasa.
"Bagi kampus-kampus di negeri lain pula, makluman mengenai penangguhan kuliah adalah berdasarkan bacaan IPU, namun ia tertakluk kepada keputusan Rektor Kampus masing-masing," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.
#Indeks Pencemaran Udara #jerebu #UiTM #Universiti Teknologi MARA