UIA Gombak dilanda banjir kilat, kawasan sekitar ibarat lautan

Syafique Shuib
Jun 4, 2014 09:35 MYT
Situasi di UIAM ketika dilanda banjir kilat
Hujan lebat yang berterusan petang tadi telah mengakibatkan beberapa kereta tenggelam akibat banjir kilat yang melanda kampus Universiti Islam Malaysia (UIAM) di Gombak.
Menurut laporan Harian Metro, Jurucakap Bahagian Komunikasi Korporat UIAM berkata, keadaan bagaimanapun kembali terkawal selepas air mula surut.
"Kejadian itu tidak menjejaskan operasi harian universiti termasuk penuntut yang sedang menduduki peperiksaan semester.
"Walaupun beberapa kenderaan dinaiki air, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku," katanya.
Kejadian itu berpunca limpahan air daripada beberapa anak sungai berdekatan yang memasuki kawasan berkenaan hingga mencecah paras pinggang.
Ia berlaku di Jalan Al Jamiah di universiti berkenaan.
Beberapa pelajar UIAM telah memuat naik gambar situasi di kampus berkenaan:

#infobanjirUIAM air melimpah masuk ke kawasan Mahallah #4Jun @JPAMtwiter @bombaJBPM @RTM_Malaysia @staronline pic.twitter.com/aAtk3PNKEa

— Jalin Fazli Sardi (@FazliSardi) June 4, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#infobanjir UIAM Gombak sedang dilanda banjir kilat ketika ini 4 Jun @JPAMtwiter @bombaJBPM @staronline @UMonline pic.twitter.com/jy39hVJnHQ

— Jalin Fazli Sardi (@FazliSardi) June 4, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Banjir kilat di UIA Gombak. Gambar ini diambil sebentar tadi di Kuliyyah of Human Science @mymassa @bombaJBPM pic.twitter.com/perz3mjqwQ

— Banjir2014 (@banjir2014) June 4, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Banjir di UIA Gombak. #PrayForUIA pic.twitter.com/A4FOTD0QJ2

— Ahmad Farid (@faridbahrudin) June 4, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pehhh. Uia betul2 banjir dohh "@Farrock94: Yeay boleh berenang ramai2.. #UIABest pic.twitter.com/KzMsRzuVh4"

— IamFarah (@FarahHar0r0) June 4, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#banjir kilat #UIAM Gombak