Ugut bom rumah PM, jurutera diburu polis

Astro Awani
Februari 5, 2016 21:10 MYT
Polis memandang serius ugutan terbabit dan sedang menyiasat kesahihan akaun Facebook yang digunakan.
Gara-gara ugutan yang dibuat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, seorang pengguna media sosial kini diburu Polis Diraja Malaysia.
Menurut laporan Harian Metro, pihak polis memandang serius ugutan terbabit dan sedang menyiasat kesahihan akaun Facebook yang digunakan pengguna terbabit.
Dalam status yang dimuat naik ke Facebook semalam, individu berkenaan mengugut mahu mengebom kediaman Najib pada hari Sabtu ini (esok).
Mstar Online pula melaporkan, aktivis Mohd Ali Baharum atau Ali Tinju, telah membuat laporan polis berhubung ugutan itu.
Siasatan awal ke atas pemilik akaun Facebook itu menunjukkan dia menetap di Shah Alam, bertugas sebagai jurutera dan sudah berkahwin.
#bom #Najib Razak #Perdana Menteri #ugut
;