Uggah, Masing terima vaksin di IJN Kota Samarahan
Fadilah Sulaiman
Mac 5, 2021 16:08 MYT
Mac 5, 2021 16:08 MYT
KOTA SAMARAHAN: Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech.
Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak menerima suntikan itu di Auditorium Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan kira-kira 2.30 petang dan selesai pemantauan pasca suntikan pada pukul 3.00 petang.
Beliau sepatutnya menerima vaksin bersama Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg; Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Pengarah Jabatan Kesihatan Sarawak, Dr Chin Zin Hing di Klinik Kesihatan Petra Jaya, Kuching pada 26 Februari lalu.
Bagaimanapun beliau tidak menerima vaksin COVID-19 atas faktor kesihatan dan dijadualkan semula oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Selain Uggah, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr James Jemut Masing; Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar serta lapan ahli DUN di fasiliti kesihatan yang sama.
#vaksin
#Uggah divaksin
#Uggah vaksin
#JPBN Sarawak
#Douglas Uggah Embas
#Timbalan Ketua Menteri Sarawak