Uggah adakan sidang media petang ini, kemungkinan ada pengumuman penting

Fadilah Sulaiman, Shafik Ahmad
Mei 27, 2021 15:12 MYT
Sidang media harian itu akan menjurus kepada jumlah terkini jangkitan COVID-19 yang meningkat saban hari.
KUCHING: Selepas lebih 40 hari tiada sidang media harian COVID-19 Sarawak hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas akan mengadakan sidang media itu pada jam 5 petang.
Sidang media harian itu akan menjurus kepada jumlah terkini jangkitan COVID-19 yang meningkat saban hari.
Sidang media harian itu juga dijangka akan memperincikan apa tindakan jangka pendek dan panjang JPBN Sarawak untuk melandai keluk COVID-19 di negeri tersebut.
Difahamkan, beberapa keputusan akan diumumkan Uggah termasuk sekatan pergerakan dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa kawasan di negeri itu.
Sementara itu dalam perkembangan lain, kakitangan di sebuah pusat beli belah di Jalan Simpang Tiga di Kuching tidak dibenarkan keluar dari premis berkenaan selepas dipercayai terdapat jangkitan COVID-19.
Menurut sumber, mereka yang berada di dalam premis tersebut diarahkan menjalani ujian saringan.
Tular di media sosial, gambar ratusan pengunjung dan kakitangan terkandas di pusat beli belah itu sejak tengah hari tadi.
#Douglas Uggah Embas #JPBN Sarawak #COVID-19 #Sidang media Uggah #PKP
;