UDA Holdings beri potongan sewa kepada peniaga BB Plaza atasi kerugian

Tan Su Lin
Jun 12, 2013 10:55 MYT
UDA Holdings Berhad mengalu-alukan cadangan mengenai cara menangani rungutan kerugian peniaga BB Plaza berikutan projek pembangunan semula kompleks berkenaan bagi memberi laluan kepada pembinaan stesen My Rapid Transit (MRT) di kawasan itu.
Antara langkah yang telah diambil oleh pihak pengurusan adalah memberi potongan sewa sebanyak 10 hingga 20 peratus bagi meringankan beban peniaga.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan UDA Holdings, Mohd Azmil Abdul Shukor, pemberian diskaun sewa bulanan itu akan diteruskan sehingga waktu ditetapkan kemudian.
Ujarnya lagi UDA juga mengalami kerugian susulan projek pembinaan MRT termasuk pengumpulan yuran tempat letak kereta yang terjejas sebanyak 42 peratus.
Laporan berita selanjutnya dapat diikuti melalui video yang telah disediakan.
#bb plaza #kerugian #MRT #peniaga #UDA Holdings Berhad