Ucapan netizen bagi sambutan Hari Jururawat Sedunia

Afiq Ariffin
Mei 12, 2019 11:28 MYT
Berperanan dalam kerja yang penuh dengan komitmen dan tanggungjawab, seorang jururawat itu perlu mempunyai kekentalan mental dan kekuatan fizikal. - BERNAMA/Fail
Menjadi seorang jururawat bukanlah mudah, ia memerlukan kecekalan dan semangat yang kuat.
Disebabkan itu juga, pengamal perubatan di seluruh dunia mengadakan sambutan Hari Jururawat Sedunia pada 12 Mei setiap tahun bagi memperingati perjuangan, penat lelah dan pengorbanan seorang jururawat sepanjang menjalankan tugas merawat pesakit.
Berperanan dalam kerja yang penuh dengan komitmen dan tanggungjawab, seorang jururawat itu perlu mempunyai kekentalan mental dan kekuatan fizikal.
Baru-baru ini, Astro AWANI memuat naik gambar ucapan selamat Hari Jururawat Sedunia dan muat naik itu mendapat perhatian daripada netizen seluruh Malaysia.
Berikut merupakan antara perkongsian menarik yang kami terima.

Sy dari dulu tak suka jururawat,, tp akhinya jururawat lah isteri sy

— skipjack (@IkanJacket) May 11, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

tq nurses @IJNDotComDotMy penuh dedikasi dan sgt profesional jg arwah abah 4 tahun dulu...

— Kedai Vitamin Melati (Avail Beauty) (@kedaivitmelati) May 11, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Jururawat2 PPUM yg jaga sms kena denggi adalah yg terbaik & penuh dedikasi ..kudos to all of them #happynurseday

— captain (@captain68404915) May 11, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bukan sekadar pengkongsian sahaja yang kami terima, malah seorang jururawat lelaki, Mohd Shahrul Adam, turut berkongsi cerita dan pengorbanan yang dia alami sepanjang menjadi seorang jururawat.
Malah, beberapa jururawat yang lain turut meluahkan rasa mereka berterima kasih kerana dihargai oleh pesakit mereka dengan sambutan Hari Jururawat Sedunia.
#Astro Awani #Hari Jururawat Sedunia #jururawat #Twitter
;