TYT Sabah dijangka umum Ketua Menteri Sabah esok - Ahmad Maslan

Firdaus Azil
September 27, 2020 16:56 MYT
Perjumpaan antara pemimpin-pemimpin kanan Gabungan Rakyat Sabah dengan Tun Juhar sudah selesai kira-kira 3.30 petang tadi.
KOTA KINABALU: Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dijangka akan mengumumkan nama Ketua Menteri Sabah yang baharu esok, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.
Dalam ciapannya, Ahli Parlimen Pontian itu berkata, perjumpaan antara pemimpin-pemimpin kanan Gabungan Rakyat Sabah dengan Juhar sudah selesai kira-kira 3.30 petang tadi.
"Tiga wakil Bebas menyatakan sokongan kepada #GRS. Jadi ada 41 kerusi bentuk Kerajaan Negeri ini. (Presiden Parti Warisan Sabah) DS Shafie dan lain-lain cuma ada 32. Kita yang bentuk kerajaan.
TYT (Juhar) dijangka buat keputusan tentang Ketua Menteri esok," katanya lagi.

Jam 2.30 ptg tadi DS Bung wakili Umno/Bn sudah mengadap TYT bersama D Hajiji, D Jeffrey & D Jahid 3 wakil Bebas nyatakan sokongan kpd #GRS. Jadi ada 41 kerusi bentuk Kerajaan Negeri ini. DS Shafie dll cuma ada 32. Kita yg bentuk Kjaan TYT dijangka buat keputusan ttg CM esok

— Ahmad b Maslan (@ahmadmaslan) September 27, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, media melaporkan, Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin, Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah Datuk Seri Hajiji Mohd Noor, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, dan Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Jahid Jamid telah memasuki Istana Negeri.
Bagaimanapun beberapa media melaporkan bahawa Juhar telah meminta sedikit masa lagi sebelum menentukan siapa yang bakal menjadi Ketua Menteri seterusnya.
#Ahmad Maslan #Tun Juhar Mahiruddin #PBS #Barisan Nasional #Ketua Menteri #Parlimen #kerajaan #presiden #rakyat #menteri #Sabah Memilih
;