Twitterjaya: Perbezaan bonus raya kerajaan persekutuan dan Selangor

Syafique Shuib
Julai 25, 2013 16:38 MYT
Perbualan hangat di laman media sosial Twitter hari ini adalah mengenai perbezaan bonus yang bakal diberikan kepada penjawat awam yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Pada Rabu, Najib mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.
Ini disusuli dengan pengumuman Khalid dimana bonus sebulan gaji akan diberikan kepada 21,776 penjawat awam negeri berkenaan.
Mereka di Selangor gembira dan bersyukur dengan pengumuman Khalid:

Alhamdulillah , tq kerajaan negeri selangor . Bonus bonus ;)

— Alepheewwww .... (@aliffradzuan) July 25, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Bonus raye 1bulan gaji.. tahniah kerajaan negeri selangor..

— I'm Heikal (@HeikalAzaha) July 25, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

best nyaa ! selangor dapat bonus sebulan gaji.

— NoyAnoy (@nughhaaa) July 25, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ramai juga yang menyatakan rasa bersyukur ke atas pemberian bonus oleh Najib.

@AinaAikajuna: Gaji naik. Alhamdulillah. Bonus ada, alhamdulillah.”. Tumpang gembira ! Hahah :p

— D (@dieroalvera) July 24, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

got bonus from najib for hari raya yay that's why i love abg jipp x

— ♡ (@Nrlyasmien_) July 24, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Gaji + Bonus + Duit raya from office = What a perfect life :)

— FaaSuryana (@faasuryana) July 25, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ada juga yang membuat perbandingan tentang perbezaan Bonus Raya tahun ini:

selangor bagi bonus sebulan gaji?woww! habis aku ni dapat rm500 je ke cemana?

— Kuekuatsheu (@KonKonah) July 25, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Selangor is paying one month bonus to its state civil servants. How about you, Najib?

— khoo cheng huat (@chkhooju) July 24, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ada yang memberi cadangan supaya Najib memberikan bonus satu bulan gaji atau lebih:

Saya cadangkan agar PM DS @NajibRazak memberikan bonus raya 1 bulan gaji (disamping sagu hati RM500), kepada semua kakitangan awam.

— Daniell Rezuwan® (@daniellrezuwan) July 24, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

rilek la. mesti najib umum bonus 2 bulan ni nanti. tak kan kalah dengan selangor.

— Fazari Ghazali (@fazarighazali) July 24, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Selangor beri 1 bulan bonus kpd penjawat awam @NajibRazak tak mahu tambah lg sebulan ker..

— Shabery Buih (@LENINBOLSYVK) July 24, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas pemberian bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pemberian bonus dan juga Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap dedikasi penjawat awam serta pesara kerajaan.
"Pemberian bonus dan bayaran khas ini memang sungguh bermakna khasnya kepada penjawat awam yang berpendapatan sederhana terutamanya bagi membuat persiapan perayaan (Aidilfitri) yang bakal tiba."
#bonus raya #Khalid Ibrahim #Najib Tun Razak #penjawat awam
;