TVET mampu atasi pengangguran belia

Amirul Aiman
Januari 28, 2025 09:40 MYT
Abdul Razak ketika ditemu bual dalam program AWANI Pagi pada Selasa. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) mampu penyelesaian efektif dalam menangani isu pengangguran belia, kata Pengarah Kanan (Kompetensi) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Ts. Abdul Razak Sabtu.
Beliau menjelaskan bahawa permintaan tinggi terhadap tenaga kerja mahir menjadikan graduan TVET pilihan utama majikan.
"Dalam bidang kejuruteraan elektrik (EE) sahaja, lebih kurang 30,000 hingga 40,000 pekerja diperlukan.
“Ini menunjukkan bahawa keperluan tenaga kerja dalam bidang TVET amat besar.
“Saya tidak menjangkakan isu kekurangan peluang pekerjaan dalam sektor ini,” katanya dalam AWANI Pagi pada Selasa.
Beliau turut menggesa remaja untuk mempertimbangkan TVET sebagai pilihan kerjaya berbanding ekonomi gig, yang menurutnya hanya menawarkan kestabilan sementara tanpa jaminan masa depan.
“Gig ekonomi mungkin menarik untuk jangka pendek, tetapi bagi masa depan yang lebih stabil, TVET adalah pilihan terbaik, terutama apabila tanggungjawab keluarga bertambah,” jelasnya.
Tags: TVET, pendidikan vokasional, pengangguran belia
#TVET #pendidikan vokasional #pengangguran belia #Abdul Razak Sabtu
;