KUALA LUMPUR: Pelajar yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dinasihatkan untuk menyemak penarafan sesebuah institusi pendidikan bagi memastikan kursus yang ditawarkan itu selari dengan permintaan dan kebolehpasaran industri.
Presiden Yayasan Mahir Malaysia, Datuk P Sri Ganes berkata, ranking penarafan kolej-kolej TVET ditentukan Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menerusi parameter yang digariskan berdasarkan permintaan dan indikasi yang holistik daripada penggiat industri bagi mengelakkan ketidakpadanan.
Beliau menjelaskan, penilaian itu dilakukan setiap dua tahun untuk memastikan status pelaksanaan program TVET mengikut piawaian KESUMA.
Selain itu, katanya, institusi pendidikan itu juga perlu mengemukakan dokumen audit di mana proses tersebut akan dilakukan secara fizikal.
"Antara aspek yang diteliti ketika lawatan tersebut adalah pertama sama ada fasiliti latihan yang ditawarkan itu memenuhi spesifikasi industri atau sebaliknya. Kedua pelaksanaan program mengikut kehendak industri.
"Ketiga tahap kebolehpasaran graduan TVET dan keempat penerimaan gaji mengikut kesesuaian industri dan persijilan yang ditawarkan," kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.
Sri Ganes yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SG Education Group memaklumkan, pelajar yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang terbabit supaya menyemak penarafan institusi pendidikan berkaitan menerusi laman rasmi web JPK https://www.dsd.gov.my/.
Anak syarikat SG Education Group, SG Akademik, peneraju utama TVET sejak 2001 menerima penarafan lima bintang pada Anugerah Penarafan Tunggal Program TVET 2023 oleh JKM pada minggu lalu, iaitu empat tahun berturut-turut sejak 2019.
Pengiktirafan secara konsisten kepada SG Akademi itu bukan sahaja mengiktirakan sumbangan institusi pendidikan itu kepada kelestarian TVET malah menekankan kepentingan akreditasi kerajaan dalam memastikan kualiti dan kredibiliti program-program TVET di Malaysia.
Penarafan lima bintang itu dianugerahkan kepada 11 program yang ditawarkan SG Education iaitu Pengendalian Dron, Pemerintahan Misi Dron, Penyediaan dan Pembuatan Makanan, Operasi Sistem Komputer, Pentadbiran Sistem Komputer, Pembangunan Kandungan Kreatif, Rekabentuk Multimedia Interaktif, Perkhidmatan Kejuruteraan Automasi Industri, Pemasangan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri dan Sokongan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri.
Sehingga kini terdapat sebanyak 1,345 institusi TVET di Malaysia, yang membabitkan 12 kementerian, selain 94,000 pelajar sedia ada TVET di kolej vokasional dan sekolah menengah teknik.
Astro Awani
Fri Mar 08 2024

P Sri Ganes berkata, penilaian dilakukan secara terperinci setiap dua tahun untuk memastikan status pelaksanaan program TVET mengikut piawaian KESUMA. - Foto Yayasan Mahir Malaysia
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

KESUMA cadang laksana Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja
Ia bagi memastikan perlindungan 24 jam sehari dalam tujuh hari seminggu kepada pekerja yang layak semasa tempoh penggajian.

Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
Semua majikan wajib patuhi Perintah Gaji Minimum dan memastikan pekerja mereka menerima gaji pokok tidak kurang daripada RM1,700 sebulan.

KESUMA bincang dengan KPT, universiti lanjut tempoh latihan amali mahasiswa
Kementerian Sumber Manusia sedang berbincang dengan Kementerian Pendidikan Tinggi dan pelbagai universiti untuk melanjutkan tempoh latihan amali bagi mahasiswa.

Kesuma komited pastikan keselamatan pekerja di tempat kerja sentiasa terjamin
Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) komited untuk memastikan keselamatan pekerja ketika berada di tempat kerja sentiasa terjamin.

Lebih 600,000 pekerja di Malaysia mungkin terkesan dengan AI dalam tempoh 5 tahun
Lebih 600,000 Pekerja Di Malaysia Mungkin Terkesan Dengan AI Dalam Tempoh 5 Tahun

Perkeso kuat kuasa had siling gaji baharu untuk caruman berkuat kuasa hari ini
Perkeso akan menguatkuasakan had siling gaji baharu bagi maksud caruman daripada RM5,000 kepada RM6,000 sebulan, mulai hari ini.

Empat perundangan di bawah KESUMA kuat kuasa esok
Empat perundangan di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan mula berkuat kuasa esok bagi menambah baik prinsip kebebasan berkesatuan dan perundangan kolektif.

Belanjawan 2025: KESUMA tumpu perkasa institusi TVET di bawah kementerian
Kementerian Sumber Manusia menumpukan agenda memperkasakan institusi TVET di bawah kementerian itu menerusi Belanjawan 2025.

Dewan Negara lulus dua RUU di bawah KESUMA
RUU itu masing-masing diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.

Lebih 300 majikan mohon sertai projek rintis Dasar Gaji Progresif
Kementerian Sumber Manusia menerima 362 permohonan daripada majikan yang ingin menyertai projek rintis Dasar Gaji Progresif sejak diperkenalkan.