TV Sarawak dilancar 11 Oktober 2020

Syafik Shukri Jalil
Oktober 2, 2020 18:54 MYT
Dr Sim Kui Hian menyifatkan pelancaran TV Sarawak meletakkan negeri itu pada kelasnya yang tersendiri. - Foto Facebook/Dr Sim Kui Hian
KUALA LUMPUR: Sempena sambutan ulang tahun kelahiran Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud yang ke-84, Sarawak akan melancarkan stesen televisyennya sendiri iaitu TV Sarawak.
Pelancaran yang dijadualkan 11 Oktober ini akan disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Pengumuman dibuat Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian di Kuching pada Jumaat.
Jelasnya, ini merupakan satu pencapaian baharu buat negeri Sarawak kerana memiliki stesen televisyennya sendiri.
“Stesen ini akan mula bersiaran pada 10 Oktober 2020."
"Ini sangat penting bagi Sarawak kerana kita adalah satu-satunya negeri yang mempunyai saluran televisyen kita sendiri,” katanya.
Ujarnya lagi, pelancaran TV Sarawak ini sebahagian daripada pencapaian dalam kempen Sarawak First yang diperkenalkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang menerajui kerajaan negeri.
#Sarawak #TV Sarawak #Abdul Taib Mahmud #Abang Johari Tun Openg #Ketua Menteri #kerajaan #sim kui hian #GPS #Sarawak First
;