BERA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyelar pengendali syarikat penerbangan domestik yang mengambil kesempatan menaikkan tambang penerbangan antara Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Perdana Menteri menegaskan, sekiranya terdapat kenaikan harga tambang penerbangan, tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 boleh dikenakan.
Sehubungan itu, beliau mahu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bertegas dengan mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.
"Saya sudah minta supaya Kementerian Pengangkutan memanggil syarikat syarikat penerbangan untuk meminta mereka menurunkan harga dan dalam masa yang sama KPDNHEP juga perlu tegas dengan mana-mana pihak tak kira syarikat besar atau syarikat kecil.
“Mana-mana (syarikat) yang mengambil keuntungan berlebihan salah di bawah Akta Anti Pencatutan perlu diambil tindakan segera bagi menjaga kepentingan rakyat," kata Ismail Sabri.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Makmur Gold Coopmart-KoopBera dan Jualan Murah Semarak Ramadan Keluarga Malaysia Parlimen Bera di Bera,Pahang.
Sebelum ini, laporan media menyebut pemantauan terhadap laman web syarikat penerbangan komersial baru-baru ini menyaksikan tambang penerbangan melonjak sehingga RM2,000 bagi penerbangan pergi dan balik.
Ia meningkat sekitar 566 peratus menjelang tempoh perayaan Hari Raya Aidilfitri iaitu pada 29 April hingga 8 Mei.
Walaupun alasan kenaikan harga tiket berdasarkan perspektif syarikat penerbangan ekoran perang antara Rusia dan Ukraine sehingga memberi kesan kenaikan harga minyak, namun kerajaan juga perlu mengambil kira kepentingan rakyat.
Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong telah berjumpa syarikat penerbangan dan meminta mereka mencari kaedah terbaik untuk memastikan harga tiket kapal terbang bagi laluan berkenaan diturunkan.
Astro Awani
Sun Apr 17 2022
![Turunkan harga tiket penerbangan domestik - PM Turunkan harga tiket penerbangan domestik - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649949247_PerdanaMenteriDat.jpg)
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan pengendali syarikat penerbangan agar tidak mengambil keuntungan secara berlebihan dengan menaikkan harga tiket ke Sabah dan Sarawak terlalu tinggi pada musim perayaan ini.
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
[TERKINI] Sidang media khas FAM
FAM adakan satu sidang media khas petang nanti, difahamkan berkaitan rombakan. Kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
![Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721113188_DonaldTrump.jpg)
Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh
Donald Trump menghadiri Konvensyen Kebangsaan Republikan pada malam Isnin, penampilan umum pertamanya sejak terselamat daripada cubaan bunuh.
![Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715148599_wismaputra.jpg)
Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat
Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
![Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721112073_PangonHarimauMal.jpg)
Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya
Kim Pan-gon memiliki rekod yang cukup baik bersama Malaysia, menjadi pengendali Harimau Malaya paling banyak mendapatkan keputusan yang positif sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
![Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721112865_FahmiFadzil.jpg)
Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa
Kementerian Komunikasi hari ini mengumumkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30.
![Messi harap cepat pulih daripada kecederaan Messi harap cepat pulih daripada kecederaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719647184_LionelMessi.jpg)
Messi harap cepat pulih daripada kecederaan
Kapten Argentina, Lionel Messi berharap agar beliau cepat pulih daripada kecederaan buku lali yang dialaminya perlawanan akhir Copa America.
![MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721105894_AhmadZahidHamidi.jpg)
MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid
MARA diminta untuk terus meneroka potensi antarabangsa dalam industri halal yang mempunyai prospek besar menerusi program Gate to Global (GTG).
![MOT akan bincang dengan syarikat penerbangan, tawar tiket murah kepada pelajar MOT akan bincang dengan syarikat penerbangan, tawar tiket murah kepada pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41672213078_AnthonyLoke.jpg)
MOT akan bincang dengan syarikat penerbangan, tawar tiket murah kepada pelajar
Malaysia Airlines Bhd menyediakan program MHexplorer, yang menawarkan diskaun sehingga 30 peratus daripada harga tiket penerbangan.
![PRU15: Bung Moktar gesa MOT campur tangan isu harga tiket mahal ke Sabah dan Sarawak PRU15: Bung Moktar gesa MOT campur tangan isu harga tiket mahal ke Sabah dan Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51660998793_TBBungMoktar.jpg)
PRU15: Bung Moktar gesa MOT campur tangan isu harga tiket mahal ke Sabah dan Sarawak
Kementerian Pengangkutan digesa campur tangan menyelesaikan isu peningkatan harga penerbangan ke Sabah dan Sarawak pada hari pengundian.
![Isu kenaikan mendadak harga tiket penerbangan ke Sabah, Sarawak dibawa ke Dewan Rakyat - Kelvin Yii Isu kenaikan mendadak harga tiket penerbangan ke Sabah, Sarawak dibawa ke Dewan Rakyat - Kelvin Yii](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61631356632_TBKELVINYII.jpg)
Isu kenaikan mendadak harga tiket penerbangan ke Sabah, Sarawak dibawa ke Dewan Rakyat - Kelvin Yii
Peningkatan mendadak harga tiket penerbangan dari semenanjung ke Sabah dan Sarawak membebankan banyak pihak termasuk petugas barisan hadapan.