Turkiye nafi dakwaan tidak berasas mengenai kesihatan Presiden Erdogan

Bernama
April 27, 2023 10:45 MYT
Pusat direktorat untuk memerangi maklumat salah juga berkata, dakwaan di media sosial mengatakan Erdogan (gambar) 'mengalami serangan jantung dan dimasukkan ke hospital' adalah tidak benar. - Gambar fail
ANKARA: Turkiye pada Rabu menolak "dakwaan tidak berasas" mengenai kesihatan Presiden Recep Tayyip Erdogan.
"Kami menolak dakwaan tidak berasas berkenaan kesihatan Presiden @RTErdogan. Presiden akan menghadiri pembukaan loji tenaga nuklear esok melalui persidangan video," menurut Anadolu Agency, memetik ciapan Twitter Pengarah Komunikasi negara itu Fahrettin Altun.
"Tiada siapa yang boleh mempertikaikan hakikat bahawa rakyat Turkiye berdiri bersama pemimpin mereka dan @RTErdogan dan Parti AK (Keadilan dan Pembangunan) beliau bersedia untuk memenangi pilihan raya 14 Mei," tambah Altun.
Pusat direktorat untuk memerangi maklumat salah juga berkata dakwaan yang dikongsi di beberapa akaun media sosial bahawa Presiden Erdogan "mengalami serangan jantung dan dimasukkan ke hospital" tidak benar.
BACA: Erdogan pendekkan wawancara langsung kerana selesema perut

We categorically reject such baseless claims regarding President @RTErdogans health. The President will attend tomorrows nuclear power plant opening via videoconference. No amount of disinformation can dispute the fact that the Turkish people stand with their leader and pic.twitter.com/SSr3KaWXlS

— Fahrettin Altun (@fahrettinaltun) April 26, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
-- BERNAMA
#Recep Tayyip Erdogan #Turkiye #kesihatan #pilihan raya
;