Tuntutan AS$15 bilion United Tausug Citizens terhadap Sabah 'membimbangkan' - Azalina

Astro Awani
Mac 12, 2024 14:30 MYT
Azalina berkata, hal itu kerana jumlah berkenaan menyamai 16 peratus belanjawan negara. - Foto platform X Azalina Othman Said
SHAH ALAM: Tuntutan sebanyak AS$15 bilion (RM70.2 bilion) yang dikemukakan oleh United Tausug Citizens (UTC) ke atas Sabah perlu ditangani Kerajaan Malaysia dengan segera.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, hal itu kerana jumlah berkenaan menyamai 16 peratus belanjawan negara.
Menuru Azalina, baru-baru ini, Malaysia menghadapi tuntutan tidak berasas daripada UTC yang menuntut AS$15 bilion seterusnya pengiktirafan terhadap Sabah.
“Tuntutan sedemikian mengancam integriti negara berdaulat dan prinsip keadilan. Ancaman UTC untuk menyaman Malaysia di Amerika Syarikat (AS) adalah membimbangkan," kata Azalina.

1/ At the 2024 Commonwealth Law Ministers Meeting and in Paris, I discussed the Sulu case and the risks of third-party litigation funding (TPLF) to state sovereignty. TPLF often prioritizes profit over justice, challenging the core purpose of our legal system. Malaysia recently pic.twitter.com/GQd8KNH6zi

— Azalina Othman Said (@AzalinaOthmanS) March 12, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Kita mesti menangani dakwaan palsu yang mempertaruhkan 16 peratus daripada belanjawan negara kita dan mengeksploitasi timbang tara untuk keuntungan, sama seperti skim pemerasan,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial, X miliknya pada Selasa.
Media selbelum ini turut melaporkan tidak mengendahkan sebarang tuntutan remeh oleh kumpulan digelar sebagai UTC yang mendakwa sebagai ‘penjaga sah Wilayah Kesultanan Sulu’ ke atas Sabah.
"UTC menuntut kerajaan Malaysia membuat pembayaran segera berjumlah AS$15 bilion yang didakwa mereka sebagai Cession Money (Wang Penyerahan Wilayah) serta mengiktiraf UTC sebagai 'Kerajaa yang berdaulat dan merdeka," tambahnya.
Beliau memaklumkan bahawa kumpulan itu turut mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Malaysia di Amerika Syarikat (AS).
“Saya membincangkan kes Sulu dan risiko pembiayaan litigasi pihak ketiga (TPLF) terhadap kedaulatan negara.
“TPLF sering mengutamakan keuntungan berbanding keadilan, mencabar tujuan teras sistem perundangan kita,” ujarnya.
Azalina yang kini berada di Paris, Perancis bagi menghadiri Mesyuarat Menteri Undang-Undang Komanwel turut menyentuh mengenai isu kes tuntutan Sulu dihadapi Malaysia.
#United Tausug Citizens #Azalina Othman Said #tuntutan terhadap Sabah #UTC
;