#TunM93: Kasih, bimbingan ditunjukkan Tun Mahathir sangat baik - Anwar Ibrahim
Astro Awani
Julai 10, 2018 22:32 MYT
Julai 10, 2018 22:32 MYT
KETUA Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan agar Tun Dr Mahathir Mohamad diberi kesihatan yang baik dan kesejahteraan dalam menggalas tugas besar sebagai Perdana Menteri.
Anwar turut berkongsi momen keakraban yang terjalin antara mereka berdua sempena ulangtahun kelahiran Dr Mahathir yang ke-93 pada Selasa.
"Tun dengan saya sangat toleran dan ditunjukkan kasih, perhatian dan bimbingan yang sangat baik.
"Ada beberapa ketika, buku yang dibaca atau perlu berehat di mana juga dibincangkan dan itu luar daripada hubungan politik dan kerajaan," kata Anwar ketika rakaman melalui Skype oleh program AI pada Selasa.
Anwar Ibrahim selamat menjalani pembedahan tulang belakang di Turki pada Ahad dan dijadual menjalani pembedahan kedua Khamis ini.
Temubual penuh 15 minit bersama Anwar yang menyentuh isu-isu semasa melalui program AI akan disiarkan pada pukul 8.15 malam Khamis ini.
#AI
#Anwar Ibrahim
#Berita Anwar Ibrahim
#isu semasa
#Malaysia Baharu
#Pakatan Harapan
#Parti Keadilan Rakyat
#PKR
#reformasi
#Terkini Astro AWANI
#Tun Dr Mahathir Mohamad
#Tun M - Anwar
#TunM93