#TunM93: Bercita-cita nak jadi PM? Ini tip dari Tun Dr Mahathir

Nursyazwani Saiful Sham
Julai 10, 2018 19:54 MYT
Anda bercita-cita untuk menjadi seorang Perdana Menteri? Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad ada tips untuk anda. Foto: Astro AWANI/Shahir Omar
ANDA bercita-cita untuk menjadi seorang Perdana Menteri?
Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad ada tip untuk anda.
Dalam satu temubual oleh bintang Ceria Popstar, Kashika Selva, Tun Mahathir ditanya sama ada dia (Kashika) layak untuk menjadi Perdana Menteri.
“Sudah semestinya,” jawabnya ringkas.
Jadi, kami dikongsikan tips ini buat anda yang ingin menjadi Perdana Menteri;
  • Buat baik kepada orang
  • Menangi sokongan mereka
  • Mesti sentiasa berpegang pada janji
  • Buat perkara yang betul
  • Jangan menipu
  • Saksikan rakaman temu ramah eksklusif berikut sempena sambutan ulang tahun Tun Dr Mahathir.
    #cita-cita #Kashika Selva #Perdana Menteri #Tips #Tun Dr Mahathir Momahad
    ;