Tunku Zain dilantik pengerusi baharu IDEAS

Astro Awani
Januari 8, 2019 12:56 MYT
Tunku Zain Al-Abidin dilantik sebagai pengerusi baharu IDEAS pada Selasa. -Bernama
Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) mengumumkan pelantikan Tunku Zain Al-’Abidin Tuanku Muhriz sebagai pengerusi baharu pada Selasa.
Ia susulan peletakan jawatan bekas pengerusi Tan Sri Rebecca Fatima Sta Maria pada 2 Januari lalu.
Rebecca Fatima melepaskan jawatan di IDEAS selepas dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Perbadanan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) berkuat kuasa pada tarikh sama.
Walau bagaimanapun, beliau akan terus berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah IDEAS.
Tunku Zain merupakan Presiden pengasas IDEAS dan telah terlibat dengan institusi tersebut sejak awal penubuhannya pada 2010 serta ketika fasa pembentukannya di London.
#APEC #CEO #ekonomi #ideas #Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi #Rebecca Fatima Sta Maria
;