Tunku Sallehuddin diangkat dan diisytihar Sultan Kedah ke-29

Hafiz Marzukhi
September 12, 2017 15:33 MYT
Tunku Sallehuddin, 75 tahun adalah anak kesembilan daripada empat belas bersaudara Almarhum Sultan Badlishah Abdul Hamid Halim Shah.
Duli Yang Teramat Mulia Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah diangkat dan diisytihar sebagai Sultan Kedah yang ke-29 mulai hari ini.
Pengisytiharan tersebut dibuat Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Istana Anak Bukit pada petang tadi.
Tunku Sallehuddin, 75 tahun adalah anak kesembilan daripada empat belas bersaudara Almarhum Sultan Badlishah Abdul Hamid Halim Shah.
Baginda dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada April 30, 1942.
Tunku Sallehuddin telah mengahwini Tengku Maliha Tengku Ariff dan dikurniakan dua cahaya mata, Tunku Sarafuddin dan Tunku Shazuddin.
#Ahmad Bashah Md Hanipah #Menteri Besar #Sultan Kedah #Tunku Sallehuddin
;