Tunku Mahkota Ismail terima menghadap Azam Baki di Kuala Lumpur
Bernama
Januari 30, 2024 00:05 MYT
Januari 30, 2024 00:05 MYT
JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki, di Kuala Lumpur, petang tadi.
Pertemuan tersebut difahamkan berlangsung selama sejam.
Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran ringkas di Facebook rasmi Tunku Mahkota Ismail, sebentar tadi.
Pemangku Sultan Johor itu kini berada di ibu negara.
Sultan Ibrahim dijadualkan bertolak dari Istana Bukit Serene, di sini, pada pukul 7.45 pagi esok, untuk ke Hangar Diraja, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), sebelum berlepas ke Pangkalan Udara Subang.
-- BERNAMA