Tunku Azizah ucap takziah kepada keluarga Syed Muhammad Danial

Bernama
Ogos 12, 2019 06:00 MYT
"Al-Fatihah...takziah dari saya dan Tuanku (Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah)...sedih sangat!" tulis kata Raja Permaisuri Agong. -Foto ukm.my
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga seorang lelaki yang maut dalam pergaduhan pada Sabtu di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Bandar Baru Bangi, dekat sini, susulan satu kemalangan.
"Al-Fatihah...takziah dari saya dan Tuanku (Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah)...sedih sangat!," kata Raja Permaisuri Agong menerusi laman Twitter rasmi baginda.
Dalam insiden itu, Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29, maut selepas dilanggar sebuah kenderaan yang dipandu lelaki lain ekoran pergaduhan antara mereka yang didahului dengan satu kemalangan kecil melibatkan kenderaan mereka.
Polis menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan kes yang dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kedua-dua mereka direman tujuh hari sehingga 17 Ogos ini.
BACA: Polis rakam keterangan saksi kemalangan
BACA: Henti buat spekulasi kes kemalangan di Bangi - Polis
BACA: PLUS sedia beri kerjasama dalam siasatan kes gaduh dan langgar di Bangi
BACA: Suspek, isteri kes gaduh dan langgar di Bangi direman 7 hari
BACA: Maut akibat bergelut gara-gara selisih faham selepas kemalangan
-- BERNAMA
#Azizah Aminah Maimunah Iskandariah #Bandar Baru Bangi #kemalangan kecil #Raja Permaisuri Agong #Syed Muhammad Danial Syed Syakir #ucapan takziah #Yang di-Pertuan Agong
;