Tunku Azizah berkenan tunjuk bakat gesek biola depan Dr Siti Hasmah

Astro Awani
Januari 10, 2021 20:51 MYT
Baginda sebelum itu bermain golf di The Mines sebelum mengambil keputusan untuk membuat kejutan kepada isteri bekas perdana menteri itu. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan menunjukkan bakat baginda menggesek biola di hadapan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Baginda sebelum itu bermain golf di The Mines sebelum mengambil keputusan untuk membuat kejutan kepada isteri bekas Perdana Menteri itu.
"I was playing golf at The Mines and decided to surprise Tun Hasmah...... pertama kali dalam hidup sy pegang violin .... esok nak pergi beli violin and belajar from Tun Hasmah," titah baginda di dalam laman Instagramnya.
Dalam pada itu, rata-rata netizen memberi pandangan positif kepada dua wanita yang disayangi rakyat itu.
Mereka berasa teruja perkongsian Raja Permaisuri Agong itu.
#Instagram #golf #wanita #Tunku Azizah #Raja Permaisuri Agong #bermain biola #bakat
;