Tunjukkan rasa terima kasih dan penghargaan terhadap ibu - PM Najib
Bernama
Mei 14, 2017 19:06 MYT
Mei 14, 2017 19:06 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru rakyat supaya menunjukkan rasa terima kasih yang tidak terhingga dan penghargaan kepada ibu-ibu sempena sambutan Hari Ibu hari ini.
Dalam perutusan Hari Ibu beliau, Najib berkata semua ibu mengabadikan diri untuk anak-anak mereka dan adalah wajar bagi anak-anak untuk menunjukkan penghargaan kepada semua kebaikan yang telah ibu mereka lakukan sejak sekian lama.
"Kita semua patut menunjukkan rasa terima terima kasih yang tidak terhingga dan penghargaan kepada ibu-ibu kita kerana mereka telah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang.
"Secara peribadi, saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu saya (Tun Rahah Mohammad Noah) dan isteri saya (Datin Seri Rosmah Mansor)," kata Najib dalam rakaman video terbaharu beliau yang disiarkan dalam laman Facebook rasminya, hari ini.
Di Malaysia, Hari Ibu disambut pada Ahad kedua Mei setiap tahun. -- BERNAMA