Tunggu kenyataan media khas dari saya - Muhyiddin

Firdaus Azil
Mac 1, 2020 04:31 MYT
Muhyiddin bersalaman dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador ketika hadir pada istiadat pengurniaan surat cara perlantikan sebagai Perdana Menteri dan mengangkat sumpah Jawatan di Istana Negara, hari ini. -- fotoBERNAMA
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan akhbar khas dalam masa beberapa jam dari sekarang.
Bercakap kepada media di luar kediamannya di Bukit Damansara di sini, Muhyiddin berkata, beliau bersyukur kepada Allah dan berterima kasih di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri hari ini.
Thank you to Allah and Yang di-Pertuan Agong for the appointment today.
"I will issue a special statement within a few hours from now,” ujarnya.
Terdahulu, beliau telah ke Istana Negara pada pukul 9.15 pagi bagi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan di hadapan Agong.
BACA: Keluhuran undang-undang tidak lagi diamalkan - Dr Mahathir
BACA: Muhyiddin pentingkan politik, bukan prinsip - Tun Mahathir
BACA: Perjuangan kami selama seminggu berjaya - Azmin Ali
BACA: Muhyiddin sujud syukur sebaik dilantik Perdana Menteri ke-8
#Azmin Ali #Mahathir Mohamad #Malaysia2020 #Muhyiddin Yassin #Perdana Menteri #Perdana Menteri kelapan #PM8 #politik #undang-undang #Yang di-Pertuan Agong