Tun Salleh Abas meninggal dunia
Astro Awani
Januari 15, 2021 07:57 MYT
Januari 15, 2021 07:57 MYT
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Hakim Negara Tun Dr Mohamed Salleh Abas meninggal dunia pada usia 91 tahun hari ini.
Beliau menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, pada pukul 3.20 pagi.
“Dengan amat dukacita, Ayahanda kami, Tun Mohd Salleh bin Abas telah kembali ke rahmatullah pada pukul 3:20 pagi Sabtu 16 Januari 2021,” menurut hantaran mesej anak beliau.
Mesej tersebut dikongsi Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini menerusi Facebook beliau.
Namun tiada butiran lanjut didedahkan berhubung punca kematian Allahyarham.
Sebelum ini, Mohamed Salleh yang juga Pengerusi as-Salihin Trustee Berhad disahkan positif COVID-19 dan dirawat di hospital tersebut.
Allahyarham yang berasal dari Kampung Raja, Besut, merupakan Ketua Hakim Negara sejak 1984 hingga 1988.
Beliau juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Jertih mewakili Pas apabila memenangi Pilihan Raya Umum ke-10 pada tahun 1999.