Tun Rahah sumber kekuatan, inspirasi rakyat Malaysia - PM Singapura

Bernama
Disember 19, 2020 06:00 MYT
Allahyarham Tun Rahah Mohamed Noah merupakan sumber kekuatan, keberanian dan inspirasi keluarganya serta seluruh rakyat Malaysia, kata Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong. - Gambar fail/BERNAMA
SINGAPURA: Allahyarham Tun Rahah Mohamed Noah merupakan sumber kekuatan, keberanian dan inspirasi keluarganya serta seluruh rakyat Malaysia, kata Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.
"Allahyarham berdiri teguh di sisi suaminya, Tun (Abdul) Razak (Hussein), semasa beliau mengemudi Malaysia pada waktu-waktu yang kritikal dalam sejarah negara itu," kata Hsien Loong dalam hantaran terkini di laman Facebooknya hari ini.
"Allahyarham akan dikenang kerana kesetiaannya kepada negara dan keluarga," kata beliau lagi dalam hantaran yang turut memuat naik gambar Tun Rahah.
Tun Rahah diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Negara.
Tun Rahah, 87, yang merupakan isteri Perdana Menteri kedua Malaysia, menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Prince Court di sini petang Jumaat.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan bersebelahan pusara kakaknya, Tun Suhailah Mohamed Noah yang juga ibu Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Lingkaran Makam Pahlawan Masjid Negara.
Pada permulaan hantaran itu, Hsien Loong menulis bahawa beliau "amat berdukacita" apabila mendengar berita pemergian Tun Rahah yang juga ibu Perdana Menteri Keenam Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Ingatan dan doa kami sentiasa bersama dengan keluarga serta rakyat Malaysia sepanjang tempoh berkabung ini," kata Hsien Loong sebelum mengakhiri hantaran itu dengan parapnya, LHL. - Bernama

Deeply saddened to hear of the passing of Tun Hajah Rahah, the widow of Malaysia’s second Prime Minister Tun Abdul...

Posted by Lee Hsien Loong on Friday, 18 December 2020

Deeply saddened by the passing of Tun Hajah Rahah, the widow of Malaysias 2nd PM Tun Abdul Razak, and the mother of former PM Najib Razak. Our thoughts are with her family and the people of Malaysia during this time of sorrow. LHL https://t.co/LoGSQz0gea pic.twitter.com/oPRMUnOmLn

— leehsienloong (@leehsienloong) December 19, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Najib Razak #Hishammuddin Hussein #Lee Hsien Loong #Singapura #jenazah #rakyat Malaysia #Tun Rahah #Mengenang Tun Rahah