Tun Mahathir terima jersi Piala Dunia 2018 Jepun

Syakirah Zulkifly
Jun 13, 2018 13:00 MYT
Perdana Menteri menerima jersi tersebut ketika sidang media yang diadakan di Jepun untuk lawatan kerja tiga hari. - Foto
PERDANA Menteri Jepun, Shinzo Abe menghadiahkan sehelai jersi pasukan Piala Dunia Jepun kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa.
Jersi berwarna biru tua dengan tertera nama MAHATHIR beserta nombor tujuh di belakang jersi tersebut, adalah sempena pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia Ketujuh.
Dr Mahathir menerima jersi itu selepas sidang media yang diadakan di Jepun dalam rangka lawatan kerja pertama beliau sebagai perdana menteri.
Ia juga lawatan sulungnya ke luar negara sejak dilantik menjadi perdana menteri berikutan kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihanraya Umum, bulan lalu.
Sementara itu, Dr Mahathir pula menghadiahkan buku mengenai dirinya kepada Abe dan berharap pemimpin Jepun itu dapat mengenalinya.
Rata-rata netizen meluahkan rasa keterujaan di platform sosial media mengenai pemberian hadiah tersebut.

Bertuah Tun M dpt jersey World Cup Japan dari Abe. MAHATHIR 7

— Md (@AmirulAfizie) June 12, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

PM @AbeShinzo hands PM Tun Mahathir @chedetofficial a jersey of the Japanese national football team with the letters "Mahathir 7", signalling the 7th Prime Minister of Malaysia. That's a nice gesture

— Jay Jay Denis (@jayjaydenis) June 12, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

PM Jepun hadiahkan Tun M jersey team piala dunia negara itu yg tertera nama Mahathir dan No.7... Hehe utk World Cup tahun ni admin akan sokong Pasukan Jepun...!!

— KelabChedet.com (@Kelab_Chedet) June 13, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Jepun #Mahathir Mohamad #Malaysia #Perdana Menteri #Piala Dunia #PM #Shinzo Abe
;