Tun Mahathir lancar filem web 'UNI' sempena ulang tahun ke-45 Petronas

Nursyazwani Saiful Sham
Ogos 17, 2019 14:37 MYT
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lancarkan filem web 'UNI' sempena ulang tahun ke-45 Petronas di Menara Berkembar Petronas pada Sabtu malam. Foto: Bernama
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lancarkan filem web berjudul UNI sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada sambutan ulang tahun ke-45 Petronas, Sabtu malam.
Filem web itu mengetengahkan elemen ‘mini Malaysia’, iaitu ia memaparkan kehidupan berbilang kaum dalam kampus universiti yang sarat dengan nilai murni.
Cerita ini juga merupakan satu refleksi sambutan perayaan Petronas 2019 yang bertemakan ‘Anugerah Kita’ bagi memupuk rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.
Filem itu dilancarkan pada konsert sambutan ulang tahun ke-45 Petronas, Bersama Merentas Zaman di hadapan bangunan ikonik negara, Menara Berkembar Petronas.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah hadir pada Konsert Bersama Merentas Zaman sempena ulang tahun Petronas ke-45 @501Awani pic.twitter.com/YLbwFCoH4R

— Nursyazwani Saiful Sham AWANI (@ssnsyzwani) August 17, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tun Mahathir lancar filem web berjudul UNI sempena ulang tahun ke-45 Petronas @501Awani pic.twitter.com/oj9USQFI8A

— Nursyazwani Saiful Sham AWANI (@ssnsyzwani) August 17, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Konsert itu turut dimeriahkan dengan persembahan oleh 45 artis tempatan termasuk, Faizal Tahir, Ella, M Nasir, Sean Ghazi, Jaclyn Victor, Reshmonu, Vince Chong, Misha Omar, dan ramai lagi.

Segmen tribute dimeriahkan dengan persembahan oleh Faizal Tahir, Elvira berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas @501Awani pic.twitter.com/RijWvHhmXM

— Nursyazwani Saiful Sham AWANI (@ssnsyzwani) August 17, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

The legend, M Nasir pun ada! Tribute buat Tun Mahathir & Tun Siti Hasmah sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-62 @501Awani pic.twitter.com/g1Nx1Jm600

— Nursyazwani Saiful Sham AWANI (@ssnsyzwani) August 17, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tun Mahathir turut ditemani isteri, Tun Dr Siti Hasmah.
Turut hadir pada majlis pelancaran itu adalah Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin dan Pengerusi Petronas, Datuk Ahmad Nizam Salleh.
Kira-kira 30,000 hadir memeriahkan konsert itu yang bermula dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam.
#Datuk Ahmad Nizam Salleh #filem web #Menteri Belia dan Sukan #Perdana Menteri #Petronas #Syed Saddiq Syed Abdul Rahman #Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin #Tun Dr Mahathir Mohamad #Tun Dr Siti Hasmah #UNI