Tun Mahathir jumpa Datuk Seri Anwar di hospital

Rahimah Abdullah
Mei 12, 2018 20:03 MYT
Difahamkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin turut hadir untuk melawat Ketua Umum PKR itu.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dilaporkan berjumpa dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa lawatan di Hospital Rehabilitasi Cheras.
Tun Mahathir dikatakan tiba kira-kira jam 5 petang tadi.
Perkara itu disahkan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang ditemui di luar pusat perubatan itu.
“Saya tiada dalam mesyuarat tadi, tetapi beliau datang dalam pukul 5 petang,” katanya kepada Astro AWANI.
BACA: Anwar Ibrahim dibebaskan Selasa ini
Dalam pada itu, difahamkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Ampang yang juga Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin turut hadir untuk melawat Ketua Umum PKR itu.
Anwar dijangka dibebaskan Selasa ini.
Perkara ini disahkan oleh anaknya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.
#Anwar Ibrahim #Astro Awani #Cheras #Hospital #Lim Guan Eng #Mahathir Mohamad #Nurul Izzah #Nurul Izzah Anwar #PKR #Tian Chua
;