Tun Mahathir hanya senyum, geleng kepala saat ditanya berhubung Azilah

Hilmi Malik
Disember 17, 2019 21:28 MYT
Tun Dr Mahathir Mohamad hanya menggelengkan kepala saat ditanya. - Astro AWANI/Shahir Omar
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hanya menggelengkan kepala saat ditanya adakah beliau ada berjumpa dengan bekas pasukan Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri.
Beliau kelihatan meninggalkan sidang media ketika permeteraian perjanjian Bandar Malaysia sebaik sahaja diajukan soalan berkenaan.
Baru-baru ini, Azilah menerusi akuan berkanunnya mendakwa, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengeluarkan arahan kepada pihaknya untuk membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Bagaimanapun Najib menafikan perkara berkenaan, sebaliknya berkata perkara itu merupakan rekaan semata-mata.
Terdahulu, peguam yang mewakili bekas Najib, Muhammad Shafee Abdullah mendakwa Azilah berjumpa dengan seorang VVIP di luar penjara Kajang pada Februari lalu.
BACA: Kes bunuh Altantuya: Permohonan semakan difailkan Azilah didengar 20 April
BACA: Arah Azilah bunuh Altantuya, ini reaksi Najib Razak
BACA: Kes bunuh Altantuya: Teks penuh akuan bersumpah Azilah Hadri
BACA: Polis akan teliti kenyataan bersumpah Azilah Hadri
#Altantuya Shaariibuu #Azilah #Azilah Hadri #Mahathir Mohamad #Muhammad Shafee Abdullah #Najib Razak #Perdana Menteri #polis #UTK #wanita mongolia
;