Tun Mahathir dirawat di IJN kerana batuk

Astro Awani
Julai 18, 2024 13:25 MYT
Dr Mahathir yang menyambut ulang tahun ke-99 pada 10 Julai lalu, dirawat di IJN kerana batuk. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak Isnin lalu.
Beliau yang menyambut ulang tahun ke-99 pada 10 Julai lalu, dirawat di IJN kerana batuk, kata pembantunya, Sufi Yusoff, dalam laporan Bloomberg.
Sejak beberapa tahun lalu, Dr Mahathir sering mendapatkan rawatan di IJN disebabkan beberapa penyakit termasuk serangan jantung.
Kali terakhir beliau dimasukkan ke IJN adalah pada 26 Januari lalu iaitu selama hampir dua bulan, untuk rawatan jangkitan dan pemerhatian.
#Tun Mahthir #IJN #batuk #jantung
;