Tun Mahathir dimasukkan ke IJN
Astro Awani
Ogos 9, 2016 16:40 MYT
Ogos 9, 2016 16:40 MYT
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ini bagi merawat jangkitan di dadanya.
Menurut satu kenyataan oleh IJN, beliau akan diletakkan di bawah pemerhatian doktor untuk beberapa hari.
"Tun (Dr Mahathir) kini sedang berada di wad biasa dan berdasarkan nasihat pasukan perubatan, lawatan adalah terhad kepada ahli keluarga sahaja," kata kenyataan tersebut.
Kali terakhir beliau dimasukkan ke IJN ialah pada 16 November, 2013 namun dibenarkan keluar beberapa hari selepas itu setelah mendapat rawatan.
Dr Mahathir, 91, juga bakal mempengerusikan parti yang baharu didaftarkan oleh bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyidin Yassin, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).