Tun Mahathir diisytihar sebagai Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia

Bernama
Ogos 19, 2019 19:49 MYT
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) hari ini dilantik sebagai Presiden Agong, Persekutuan Pengakap Malaysia serta dianugerahkan Anugerah Bintang Semangat Padi Kelas Pertama (Emas). - Foto Bernama
Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad hari ini diisytiharkan sebagai Presiden Agung, Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM).
Pengisytiharan tersebut disempurnakan oleh Ketua Pengakap Negara Tan Sri Dr Shafie Mohd Salleh di Pejabat Perdana Menteri di sini.
Pengisytiharan itu juga adalah selaras dengan Prosedur Organisasi dan Pindaan (POR) pindaan 27 Mac 2010, Bahagian II, Seksyen 1 yang mana Perdana Menteri adalah Presiden Agung PPM.
Pada majlis yang sama, Dr Mahathir juga menerima Anugerah Bintang Semangat Padi Kelas Pertama (Emas) iaitu anugerah tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia.
Dalam pada itu, Shafie berkata pengisytiharan itu secara langsung mampu mengangkat imej PPM bukan sahaja di peringkat negara malah antarabangsa lebih-lebih lagi Ibupejabat Pergerakan Pengakap Sedunia telah lima tahun berada di Kuala Lumpur.
"Manakala Anugerah Bintang Semangat Padi Kelas Pertama (Emas) pula adalah anugerah eksklusif yang hanya diberi dikalangan pemimpin negeri-negeri dan negara," katanya.
-- BERNAMA
#Mahathir Mohamad #Pengakap #Perdana Menteri #Persekutuan Pengakap Malaysia #Presiden Agung #Shafie Mohd Salleh
;