Tun Mahathir cipta sejarah, bakal berucap di Kesatuan Oxford
Astro Awani
Januari 17, 2019 14:30 MYT
Januari 17, 2019 14:30 MYT
Sejarah bakal tercipta apabila Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad diberi penghormatan untuk berucap di majlis perhimpunan Kesatuan Oxford.
Tun Mahathir bakal menyertai barisan pemimpin utama dunia berucap di kesatuan berprestij itu.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman, antara yang tidak sabar menantikan kemunculan Perdana Menteri, esok.
"Selepas perancangan berbulan lamanya, Tun M akhirnya akan muncul di Kesatuan Oxford. Beliau akan menjadi pemimpin Malaysia pertama dan dipilih secara demokratik dari Asia Tenggara yang dijemput untuk bercakap di kesatuan yang berprestij.
"Saya tidak sabar. Malaysia, Harimau Asia!" tulis Syed Saddiq di Twitter.
Tun Mahathir dijadual berucap pada Jumaat jam 4 petang waktu tempatan.
Kesatuan Oxford, atau, Oxford Union merupakan sebuah kesatuan debat paling berprestij di dunia, dan salah satu daripada kesatuan universiti tertua pernah diwujudkan di Britain
Antara nama-nama pemimpin hebat dan aktivis yang pernah diundang memberi ucapan adalah Margaret Thatcher, Winston Churchill, John McCain dan Malala Yousafzai.
#ASEAN
#Britain
#debat
#Kesatuan Oxford
#Malaysia
#Oxford Union
#Perdana Menteri
#Tun Dr Mahathir Mohamad
#ucapan