Tun Mahathir bercakap tentang 'Harimau Asia' di Astro AWANI esok.. Ayuh mengaum bersama!
Astro Awani
Oktober 20, 2018 19:05 MYT
Oktober 20, 2018 19:05 MYT
Sewaktu pembentangan Laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) pada Khamis, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meluahkan keyakinannya bahawa Malaysia mampu kembali mengaum sebagai Harimau Asia.
Namun untuk sampai ke tahap itu, kerjasama rakyat dari segenap lapisan masyarakat untuk menggalas tanggungjawab itu amat diperlukan.
"Imej Malaysia akan bertukar dari sebuah negara kleptokrat kepada sebuah negara demokrasi tulen dengan kerajaan yang bersih, luhur dan berintegriti.
"Rakyat Malaysia di mana-mana tempat di seluruh pelosok dunia boleh memperkenalkan diri dengan bangga, 'Saya rakyat Malaysia!'," kata Tun Mahathir.
Gelaran Harimau Asia diberi kepada Malaysia semasa era pemerintahan Tun Mahathir dari 1981 hingga 2003, yang menyaksikan negara mengalami ledakan ekonomi sehingga digeruni negara-negara jiran.
Esok, Tun Mahathir yang kembali memegang tampuk pimpinan negara selepas Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) Mei lalu, secara eksklusif akan muncul di Astro AWANI.
Jangan lupa bersama kami jam 8.30 malam esok untuk bersama-sama menyelami aspirasi beliau untuk membawa Malaysia kembali menjadi sebuah negara yang dihormati rakan dan lawan.